TUlisan terbaru dari kami...

get this widget here

Februari 2012

Ikhlas Bagi Para Dai Ilallah…


Dai ialah seorang manusia biasa yang berjiwa luar biasa. Di dalam kekalutan arus kemodenan timpaan tamadun Barat, ternyata manusia terleka dan menjadikan kemajuan sebagai hala tuju hidup. Daie boleh diumpamakan manusia yang hidup dalam dunianya yang tersendiri, kerana tujuan mereka hidup bukanlah untuk diri mereka sendiri, malah sanggup mereka korbankan untuk manusia dan masyarakat sekitar. Hati mereka yang bersih yang mahukan segala kebaikan untuk masyarakat dan dunia serta berkorban segala yang ada membuktikan keikhlasan mereka.Mereka memahami firman Allah:
Katakanlah, sesungguhnya solatku, pengorbananku,hidupku,matiku hanyalah untuk Tuhan sekelian alam.(al-an’am:162)
Mereka memahami tanpa ikhlas, amal kebajikan mereka tidak berharga. Mereka mengetahui kebaikan yang diperjuangkan tanpa keikhlasan tidak membuahkan kebaikan. Masakan sesuatu yang kotor menghasilkan sesuatu yang suci. Seringkali terpapar dalam arena dakwah di mana-mana apabila penceramah lebih suka dibayar, diberi tepukan gemuruh dan sedap didengar untuk menjadi halwa telinga manusia sahaja dan tagihkan pujian melambung. Amal-amal ini umpama debu kerana tiada keikhlasan dan tidak mampu membawa perubahan apatah lagi membina manusia. Firman Allah,
“Dan Kami hadapi segala amal yg mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yg berterbangan.” (al-Furqan: 23)
Namun, keikhlasan para duah seringkali teruji kerana dilanda ujian yang bertimpa-timpa. Ujian yang bertalu-talu mampu
menggoyahkan keteguhan seseorang daie. Umpama batu di atas bukit yang ditimpa hujan bertahun-tahun, pastilah ada sedikit bekas lekuk dek hakisan air. Terdapat beberapa bukti yang boleh dijadikan pengiktibaran untuk dijadikan tahap pengukur keikhlasan.(di petik dari Bukti Keikhlasan oleh Yusuf Qaradhawi)

Bukti yang boleh kita saksikan ialah:


1) Takut Kemasyhuran

Baca selengkapnya »

Postingan Lebih Baru Postingan Lama

Diberdayakan oleh Blogger.

Blogger news